Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan kamu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. "Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan di dinding hati anda semua." ps: tulisan ni drpd emel seorg teman yg mana hatiku tersentuh bila membacanya...muhasabah diri masing2.. |
Thursday, July 17, 2008
PAKU DIDINDING HATIMU...
Posted by bintunsaodi at 7:59 PM 1 comments
Wednesday, April 16, 2008
Perginya Seorang Sahabat
"janji tau, kita kawan sampai bila2"
Zawani
+6017+++++++
kata2 dan msej ni masih kukuh tersimpan dalam inbox handset aku...zawani, aku tak menyangka kau pergi terlebih dahulu meninggalkan kami...aku terkilan sebab tak dapat berada di sisinya ketika arwah menghembuskan nafas terakhir di HUKM...
memori di SMATAF berputar kembali:
"eh, bila kita dah kluar nanti kita jangan la lost contact tau..."
"mestilah...kita tak kan lupa punya.."
ni la kata2 yang slalu kiteorg ungkapkan antara aku,izat, zawani dan azan safinah...
"erm, lepas ni mesti dah tak dapat jumpa..."
"jgn cakap macamtu, ape2 yang terjadi kita tetap kawan forever..ok!"
kami bawa haluan masing2 setelah tamat belajar di SMATAF, hanya aku,izat dan azan shj yang menyambung pelajaran di KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN utk mengambil STAM..seterusnya hanya aku dan izat shj yang dapat melanjutkan pelajaran di IPT...kami dah berpecah hanya mesej shj wasilah antara kami berempat..
Dan semalam aku mendapat berita kematiannya..terbayang di mata aku seorang yang punya tubuh kecil molek, lembut dan sentiasa sabar dengan karenah nakal di antara kami sudah tiada...hanya memori lalu menjadi peneman setia aku kini...
"YA ALLAH tempatkan rohnya di sisi hambaMu yang beriman"
Hanya doa dan al-Fatihahyang dapat aku kirimkan khas utkmu sahabatku, ZAWANI..
Semoga kita akan bertemu di akhirat kelak dengan izinNya...al-Fatihah..
Posted by bintunsaodi at 7:50 PM 1 comments
Tuesday, April 15, 2008
sabar-sabar!!!
hari ni merupakan hari yang paling serabut dalam hidup aku....pening2...mcmn ni??byk btul masalah bila dah akhir semester ni...masalah kewangan, masalah exam, masalah lesen, masalah study...huhu..semua bercampur aduk dalam satu kepala ni...
"syirah jgan stress, nanti akak pun stress"..pujuk kak sakinah.
trima ksih kak, akan aku cuba pujuk diri ini supaya lebih tabah...
mak, abah...aku rindu sgt, doakan anakmu ini success....kata2 azimat dari kalianlah yg membuatkan aku tetap tabah berada di menara gading ini...
Ya Allah, berilah aku kekuatan utk menghadapi semua dugaan Mu ini, bukan aku tak redha dengan ujian ini tetapi sekadar utk mengadu kerana aku tahu Kau tak akan jadikan sesuatu tanpa ada sebab dan hikmahnya...trima kasih Ya Allah..
Posted by bintunsaodi at 11:39 PM 0 comments
jangan kita lupa!!
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia
Hidup Ini Adalah Kurniaan Dari Tuhan
Dan Hidup Ini Janganlah Dibuang Percuma
Jalan Yang Sempit Yang Membawa Kepada Kehidupan
Jalan Yang Luas Yang Membawa Kepada Kehancuran
Ramai Orang Yang Melalui Jalan Yang Luas Itu
Sedikit Orang Yang Melalui Jalan Sempit Itu
Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia
Hidup Ini Adalah Untuk Sementara Waktu
Apa Yang Ditanam Itulah Nanti Yang Dipetik
Posted by bintunsaodi at 7:25 AM 0 comments
Saturday, April 12, 2008
Antara Mata Dan Hati
Bila melihat malam yang indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya
Sepatutnya rasa malu kepadaNya
Kerana anugerah kepada kita
Membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati di tipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
Semua orang rasa bangga dengan dosa
Bila menyebut neraka
Tidak terasa akan gerunnya
Bila menyebut syurga
Tidak terasa akan nikmatnya
Itu menunjukkan
Jiwa kita mati atau buta
Posted by bintunsaodi at 11:16 PM 0 comments
assalamualaikum
alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapatlah sy merasmikan blog sy ini...sebenarnya dah lame buat blog ni,tp oleh kerana masa yang tidak mengizinkan maka ditangguhkan dahulu demi mengutamakan sesuatu yang lebih penting..special thanks to Nurul Syuhada Mohd Muzni kerana telah mengajar sy utk membuat blog ni..begitu juga kpd kak Sakinah yg menyuntik semangat dan idea sy utk menulis di dalam blog..sy respect kat akak..hehe..trima ksih diucapkan kpd rakan-rakan seperjuangan yang sudi menjalinkan ukhuwah dengan diriku ini sepanjang pembelajaran di ukm...semoga tautan ukhuwah ini kekal selamanya..sayang korang semua..
Posted by bintunsaodi at 8:59 PM 1 comments