Tuesday, October 20, 2009

sweet memory SMKTM 09 (27 Julai 09-23 Okt 09)

Saturday, October 17, 2009

Sebuah Perkongsian





Assalamualaikum..erm..dah lama juga aku menyepi( tak update blog)..bukan tidak mahu untuk menulis dan mencetuskan rasa juga idea pada blog ini, tapi banyak sebabnya untuk aku tidak meng"update" blog ni.. biarkanlah aku sahaja yang mengetahui sebabnya..

Kini aku tiba-tiba terpanggil untuk meluahkan sesuatu pada blog ini..satu perkongsian untuk aku dan teman-teman..

Tinggal seminggu sahaja lagi untuk menghabiskan praktikal di SMK Tun Mutahir..dan pada 25/10 aku akan ke UKM semula bertemu rakan-rakan seperjuangan DPLI 09 untuk kali terakhir sempena Kolokium dan malam Graduan. Tak sangka pejam celik sudah hampir 3 bulan kami(aku,syud dan fadli) bersama-sama mengharungi pelbagai ujian dan pahit getir untuk menjadi seorang pendidik. Pelbagai pengalaman,pahit manis..semuanya membuatkan kami semakin matang menangani situasi pelajar..

Teringat aku pada hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah itu 27/07/2009..pelbagai perasaan di dalam diri yang sukar diungkapkan dengan kata-kata..excited,takut,risau,gembira,semuanya bercampur baur..melihat keadaan sekolah, sesungguhnya aku sendiri tak percaya yang aku bakal bergelar pendidik..layakkah aku menjadi pendidik??itu sahaja yang terdetik di minda ketika itu..pelajar2 bersilih ganti bertemu dengan ku mengucapkan "assalamualaikum ustazah"..rupanya aku telah melangkah ke alam baru untuk bergelar pendidik..itulah cita-citaku sejak darjah enam lagi..aku memegang amanah yang telah diberikan oleh ibubapa supaya mendidik anak-anak mereka..InsyaAllah akan ku laksanakan dengan sebaiknya.

Namun setiap manusia punya kelemahan..kepada pelajar-pelajarku tingkatan 4Sn/Si dan 4Ea/Pd1 ustazah minta maaf banyak-banyak..selaku guru pelatih yang masih bertatih dan mencari tapak yang kukuh sudah tentu banyak sekali kelemahan yang tidak dapat dielakkan...namun kamu semua telah memberi satu semangat untuk ustazah sentiasa mendalami dan meneroka ilmu baru..terima kasih...kepada pelajar tingkatan 2KB(pendidikan khas) subjek sejarah..cikgu minta maaf kerana inilah pertama kalinya cikgu mengajar sejarah dan kamu amat bekerjasama dalam membantu cikgu..terima kasih..sesungguhnya cikgu amat menyayangi kalian semua..

Saturday, August 8, 2009

Bila Waktu Telah Berakhir



bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sedari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yang ada akan
kembali padaNya

bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi

~Ya Allah jauhilah aku dari perasaan cintakan dunia melebihi cintaku padaMu~

Tuesday, June 9, 2009

Bila hati berbicara


Ya Allah...

hati ini merintih..
setiap detik setiap waktu...

Ya Allah..

hati ini merintih...
dan hanya Kau yang tahu..

Ya Allah...

hati ini merintih...
berikan kekuatan padaku..

Ya Allah...

hati ini merintih...
dalam meredhakan setiap dugaan yang berlaku..

kerana ku tahu Ya Allah...

pasti ada hikmah disebalik semua dugaanMu..
akan ku pupuk sabar dan semaikan ikhlas dalam menggali hikmahMu yang Agung...
agar jiwa ini tidak lagi terasa berjauhan dari rahmatMu....

Monday, June 8, 2009

jalan ku pulang



Tundukku malu di depanMu
Kernaku insan berdosa
Ku adukan sesalanku apakah kan Kau terima


Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah

Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
Terpaut aku tak berpaling


Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan bermula

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga


Suburkan cahaya menerangi langkahku

Semaikan segala kiasan indah cintaMu


Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan bermula

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga


Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan

Bimbang Kau singkirkan taubatku

Ku rayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku


Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa

Sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku


Ku Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan bermula

Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

Tuesday, April 7, 2009

PUNCA KEHILANGAN PENDENGARAN


Hilang pendengaran jenis konduktif

bunyi tidak dapat diproses melalui telinga luar ke telinga tengah, bunyi masih boleh dihantar ke otak melalui tulang mastoid dan kBunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana tersumbat atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

Namun telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik, memprosesnya dan menghantar bunyi ke saraf pendengaran ke otak. Walaupun kemudiannya getaran yang diterima terus merangsang cecair yang terdapat di dalam telinga dalam tanpa melalui telinga luar atau tengah. Hilang penedengaran jenis konduktif dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid.

punca:

Punca berlakunya masalah ini kerana halangan di dalam saluran telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu faktor jangkitan turut mempengaruhi pekak konduktif ini iaitu jangkitan yang kronik berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa dan Otitis Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan “swimmer’s ear” yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap di dalam telinga.

Otitis Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selsema, campak, tonsillitis dan jangkitan dihidung dan tekak. Otosklerosis (ketumbuhan tetulang halus pada stapes juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini. Ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30 an. Ianya akibat daripada tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak kerana terdapat ketumbuhan tetulang di sekelilingnya

Kekuatan bunyi di setiap frekuensi berkurangan tetapi kehilangan pendengaran tidak melebihi 60 dB disemua frekuensi. Kebiasaannya ujian pendengaran menunjukkan terdapat perbezaan kehilangan pendengaran diantara ujian melalui tulang dengan ujian melalui udara.


Hilang pendengaran jenis sensorineural

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walaubagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran (http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1299). Melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk (severe) dan sangat teruk (profound) kerana tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung dan hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti bunyi mercun. Punca berlakunya masalah ini kerana, pertama, berlaku semasa di dalam kandungan atas sebab jangkitan virus atau bakteria seperti rubella/german measles kepada ibu yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. Herpes simplex (penyakit kelamin), gonorrhea (perempuan) dan siplis/syphilis (lelaki).

Pengambilan dadah yang mengandungi seperti alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan ubat-ubatan seperti pill Thallidomide (mengelak alahan)(http://www.merck.com/mmpe/sec08/ch085/ch085a.html#CIHGJICJ). Kedua, semasa kelahiran seperti kurang berat badan, anoxia (kekurangan oksigen) dan jaundice (demam kuning). Ketiga, selepas lahir akibat daripada kemalangan yang teruk menyebabkan kerosakan koklea, meningitis (demam yang teruk disebabkan selaput yang meliputi otak dan tulang belakang) seperti meningococol merosakkan koklea dan saraf pendengaran, bunyi bising yang sangat teruk dan berterusan, pengambilan bahan Ototoxic/ bahan beracun seperti dalam quinine dan antibiotik, kehilangan pendengaran disebabkan ketuaan dan penyakit meniere kesan vertigo (pening yang teruk), tinnitus (berdesing). Keempat, disebabkan keturunan kerana jika ibubapa membawa gen dominan (pekak), risiko untuk mempunyai anak yang pekak sensorineural adalah 50% manakala pembawa gen resesif adalah 25% (http://www.answers.com/topic/hearing-impairment-1). Frekuensi bagi kehilangan pendengaran jenis sensorineural ialah 71 dB ke atas iaitu teruk dan sangat teruk 91 dB ke atas. Manakala dalam ujian (tulang dan udara) ia tidak menunjukkan banyak perbezaan kerana saraf pendengarannya tidak berfungsi.


Hilang pendengaran jenis campuran

Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar atau tengah berserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran (http://www.audiolab.com.my/bahasa.htm). Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian (bone and air conduction). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan berlaku kepada kedua-duanya.