Tuesday, April 7, 2009

PUNCA KEHILANGAN PENDENGARAN


Hilang pendengaran jenis konduktif

bunyi tidak dapat diproses melalui telinga luar ke telinga tengah, bunyi masih boleh dihantar ke otak melalui tulang mastoid dan kBunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana tersumbat atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

Namun telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik, memprosesnya dan menghantar bunyi ke saraf pendengaran ke otak. Walaupun kemudiannya getaran yang diterima terus merangsang cecair yang terdapat di dalam telinga dalam tanpa melalui telinga luar atau tengah. Hilang penedengaran jenis konduktif dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid.

punca:

Punca berlakunya masalah ini kerana halangan di dalam saluran telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu faktor jangkitan turut mempengaruhi pekak konduktif ini iaitu jangkitan yang kronik berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa dan Otitis Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan “swimmer’s ear” yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap di dalam telinga.

Otitis Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selsema, campak, tonsillitis dan jangkitan dihidung dan tekak. Otosklerosis (ketumbuhan tetulang halus pada stapes juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini. Ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30 an. Ianya akibat daripada tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak kerana terdapat ketumbuhan tetulang di sekelilingnya

Kekuatan bunyi di setiap frekuensi berkurangan tetapi kehilangan pendengaran tidak melebihi 60 dB disemua frekuensi. Kebiasaannya ujian pendengaran menunjukkan terdapat perbezaan kehilangan pendengaran diantara ujian melalui tulang dengan ujian melalui udara.


Hilang pendengaran jenis sensorineural

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walaubagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran (http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1299). Melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk (severe) dan sangat teruk (profound) kerana tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung dan hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti bunyi mercun. Punca berlakunya masalah ini kerana, pertama, berlaku semasa di dalam kandungan atas sebab jangkitan virus atau bakteria seperti rubella/german measles kepada ibu yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. Herpes simplex (penyakit kelamin), gonorrhea (perempuan) dan siplis/syphilis (lelaki).

Pengambilan dadah yang mengandungi seperti alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan ubat-ubatan seperti pill Thallidomide (mengelak alahan)(http://www.merck.com/mmpe/sec08/ch085/ch085a.html#CIHGJICJ). Kedua, semasa kelahiran seperti kurang berat badan, anoxia (kekurangan oksigen) dan jaundice (demam kuning). Ketiga, selepas lahir akibat daripada kemalangan yang teruk menyebabkan kerosakan koklea, meningitis (demam yang teruk disebabkan selaput yang meliputi otak dan tulang belakang) seperti meningococol merosakkan koklea dan saraf pendengaran, bunyi bising yang sangat teruk dan berterusan, pengambilan bahan Ototoxic/ bahan beracun seperti dalam quinine dan antibiotik, kehilangan pendengaran disebabkan ketuaan dan penyakit meniere kesan vertigo (pening yang teruk), tinnitus (berdesing). Keempat, disebabkan keturunan kerana jika ibubapa membawa gen dominan (pekak), risiko untuk mempunyai anak yang pekak sensorineural adalah 50% manakala pembawa gen resesif adalah 25% (http://www.answers.com/topic/hearing-impairment-1). Frekuensi bagi kehilangan pendengaran jenis sensorineural ialah 71 dB ke atas iaitu teruk dan sangat teruk 91 dB ke atas. Manakala dalam ujian (tulang dan udara) ia tidak menunjukkan banyak perbezaan kerana saraf pendengarannya tidak berfungsi.


Hilang pendengaran jenis campuran

Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar atau tengah berserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran (http://www.audiolab.com.my/bahasa.htm). Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian (bone and air conduction). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan berlaku kepada kedua-duanya.




3 comments:

armouris said...

info tentang hilang pendengaran kat sini - Type of Hearing Loss

Mohd Hisyammudin said...

macamana boleh kena telinga bernanah

Mohd Hisyammudin said...

apakah tanda2 orang tu ada penyakit pinggang dan kene cuci darah?Bapa saya seorang pengidap kencing manis..Jadi pada tiap 6 bulan dia kena cek darah, tapi doktor tak bagitau apa2 pun..Yang saya perasan di sini ada Chol, Cret, UA, Sodium, Pottasium, TG, HDL dan LDL. Bolehkah tuan terangkan pada saya panjang lebar tentang perkarA ini?
Terima kasih banyak2 tuan..